Wednesday 14 May 2014

Solat Dhuha


Pernah anda terfikir mengapa anda merasakan Rezeki itu jauh dari anda? 
Anda membandingkan diri anda dengan kawan-kawan anda dan anda dapati mereka jauh lebih berjaya dari anda?


Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi pada anda sedikit sebanyak mengenai  Solat Dhuha.


Solat dhuha adalah solat yang dilakukan ketika waktu Dhuha pada Terbit matahari sehingga tergelincir matahari (terasa bahang tengahari) sebelum waktu Zohor.
Waktu Terbaik Solat Dhuha dalam pukul 9.30am-11am.

Fadhilat yang Diperolehi:

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Cara-Cara Mengerjakannya:

NIAT


Sahaja aku solat Dhuha 2 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.


RAKAAT PERTAMA

AL FATIHAH + AYAT KURSI (x10)

RAKAAT KEDUA

AL FATIHAH + AL IKHLAS (x10)


DOA



MAKSUDNYA

'Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-mu, Kecantikan itu kecantikan-mu, Keindahan
itu keindahan-mu,Kekuatan itu kekuatan-mu, Kekuasaaan itu kekuasaanmu 
dan perlindungan itu Perlindungan-mu,' 'Ya Allah jika Rezeki Ku masih Di atas langit turunkanlah dan jika ada didalam bumi Keluarkanlah, Jika sukar mudahkanlah, Jika Haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha
keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkan lah
kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada 
Hamba-hamba mu yang Soleh'.


Saya akhiri entri dengan sepotong hadis:

أَطْيَبُ الْكَسْبِ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

“Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad, Al-Bazzar, Ath-Thabrani dan selainnya, dari Ibnu ‘Umar, Rafi’ bin Khudaij, Abu Burdah bin Niyar dan selainnya). Wallahu a’lam.[3]

No comments:

Post a Comment