Saturday 24 May 2014

Chocolate Moist Cake



Pada entri kali ini saya ingin cerita kepada anda 
mengenai Chocolate Moist Cake.


Asal usul Koko:  



Koko mula ditanam sejak 600 tahun sebelum masihi. Ia mula ditanam dilembah Amazon. Koko atau nama saintifiknya Theobroma Cacao bermaksud
 ' makanan dewata'. Pada peringkat awal, koko dikaitkan dengan ketuhanan dimana
mereka akan menyembah setiap kali pokok ditanam.
Ia di percayai mula ditanam oleh Kaum Maya dan mula di kenalkan
pada Kaum Aztec  melalui sistem Perdagangan.

Perkataan Cacao berasal dari perkataan 
Kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl.
Minuman Koko amat istimewa untuk mereka sehingga minuman ini hanya
di hidang kepada MahaRaja sahaja.

Di Malaysia koko banyak di tanam di Tawau, Sabah. Hampir 60% 
pengeluaran koko dari sana. Selain Tawau, koko juga ada 
di tanam  di Pahang, sekitar Temerloh dan Jengka.

Tetapi ada sesetengah mengatakan Tanaman koko pertama 
sekali di temui di Melaka pada tahun 1778.



Choc Moist Kami:










Sumber :

- Lembaga Koko Malaysia
- Portal Koko
- WorlCocoFoundation












Sunday 18 May 2014

Promosi kami



Kepakaran kami ialah menyediakan Portuguese Egg Tart yang mudah, enak dan sesuai dimakan untuk semua lapisan masyarakat.
Ianya Dijamin Halal dan Diusahakan oleh Orang Melayu Sendiri.

Setelah beberapa kajian dan proses penambahbaikan dari segi tektur dan rasa dijalankan, kami berjaya menghasilkan
produk yang berkualiti setanding dengan produk di luar sana. Dari segi penerimaan, kami dapati makanan Egg Tart ini
mula digemari oleh orang orang melayu kita, apatah lagi generasi baru kini. 

Masalahnya makanan kegemaran umum ini agak mahal kosnya dijual di pasaran, sebagai contoh di pasaraya-pasaraya besar,
sebiji Egg Tart ini mencecah Rm2.00 sehingga RM2.50.
Egg tart ini dahulunya digemari oleh warga Cina dan akhirnya mereka juga memonopoli perniagaan tersebut yang
kita sendiri ragu-ragu tentang status halalnya.

Setelah kami buat beberapa kajian, akhirnya kami dapat menghasilkan Egg Tart yang lebih MURAH dari segi kos 
penyediaan tetapi masih mengekalkan bahan-bahan yang sama kualitinya seperti produk yang dijual di pasaran.

Produk yang kami tawarkan terbahagi kepada 2:

-Portuguese Egg Tart Sejuk Beku (Frozen)
-Portuguese Egg Tart Sedia Hidang (Freshly Baked)

Promosi untuk Permulaan.

- 20 pendaftaran yang terawal akan beri sample percuma sebanyak 5 Biji'Kami akan hantar ke tempat anda'.
- 10 tempahan pertama akan diberi Egg Tart percuma sebanyak  20 Biji.

Cara Mendaftar:

- Sign up di blog kami, kemudian

- Email kpd kami:- Nama 
                               - Hari jadi
                                   - Nom Telefon
                                        - Nama Company

 ke 
arzconfectionery@gmail.com


Hubungi kami di talian -

 - 012-2971342 Shahril
 - 017-7487290 Aizat




Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

Wednesday 14 May 2014

Solat Dhuha


Pernah anda terfikir mengapa anda merasakan Rezeki itu jauh dari anda? 
Anda membandingkan diri anda dengan kawan-kawan anda dan anda dapati mereka jauh lebih berjaya dari anda?


Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi pada anda sedikit sebanyak mengenai  Solat Dhuha.


Solat dhuha adalah solat yang dilakukan ketika waktu Dhuha pada Terbit matahari sehingga tergelincir matahari (terasa bahang tengahari) sebelum waktu Zohor.
Waktu Terbaik Solat Dhuha dalam pukul 9.30am-11am.

Fadhilat yang Diperolehi:

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Cara-Cara Mengerjakannya:

NIAT


Sahaja aku solat Dhuha 2 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.


RAKAAT PERTAMA

AL FATIHAH + AYAT KURSI (x10)

RAKAAT KEDUA

AL FATIHAH + AL IKHLAS (x10)


DOA



MAKSUDNYA

'Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-mu, Kecantikan itu kecantikan-mu, Keindahan
itu keindahan-mu,Kekuatan itu kekuatan-mu, Kekuasaaan itu kekuasaanmu 
dan perlindungan itu Perlindungan-mu,' 'Ya Allah jika Rezeki Ku masih Di atas langit turunkanlah dan jika ada didalam bumi Keluarkanlah, Jika sukar mudahkanlah, Jika Haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha
keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkan lah
kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada 
Hamba-hamba mu yang Soleh'.


Saya akhiri entri dengan sepotong hadis:

أَطْيَبُ الْكَسْبِ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

“Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad, Al-Bazzar, Ath-Thabrani dan selainnya, dari Ibnu ‘Umar, Rafi’ bin Khudaij, Abu Burdah bin Niyar dan selainnya). Wallahu a’lam.[3]

Saturday 10 May 2014

Opening Day

Mencari timba si anak dara,          
Di bawah sarang burung tempua, 
Salam sembah pembuka bicara, 
Selamat datang untuk semua.


Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
 Alhamdulillah ArzConfectionery berjaya ditubuhkan pada 5 Mei 2014. 
Seterusnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak pengurusan tertinggi RICHWORK di bawah kelolaan Dr. Azizan Osman kerana sentiasa tidak putus-putus menyuntik semangat anak muda seperti kami untuk berniaga dan seterusnya dapat mewujudkan peluang perniagaan dan menambah nilai hidup orang lain.

Bertitik tolak dengan ADVANCE MARKETING POWER 2014,BANGKIT 2014, BANGKIT BERNIAGA & MILLIONAIRE MARKETING MASTERY, kami terus tersentak dari lamunan dan khayalan buatan kami sendiri selama ini. 


Dengan memegang kata azimat "MESTI" (Mentor,Elmu,Strategi, Tindakan dan Impian), kami terus mengorak langkah tanpa pandang kebelakang lagi untuk terus melangkah lebih maju lagi.


[APAKAH KEPAKARAN KAMI]



Kepakaran kami adalah membantu menyelesaikan masalah suri rumahtangga mahupun wanita berkerjaya dan sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan pelengkap selera semudah ABC, keluarkan dari peti sejuk, masuk oven dan hidang. Itulah dia FROZEN PUFFY EGG TART keluaran kami.

1. Masalahnya sekarang adalah, ramai diantara kita dan wanita        bekerjaya tidak mempunya masa yang cukup untuk menyediakan        hidangan minum pagi ataupun petang ditambah pula apabila          tetamu berkunjung ke rumah pada waktu-waktu yang tidak            dijangka. 

2. Selain itu, kos membeli bahan mentah juga semakin meningkat      dan tidak berbaloi jika dilaburkan untuk hanya untuk              menyediakan pelengkap hidangan bagi jumlah seorang atau dua      orang makan.

3. Apabila masing-masing sibuk bekerja, maka kemahiran untuk        memasak juga semakin kurang kerana jarang dipraktikkan.


Hari ini, Alhamdulillah kami sangat bersyukur kerana berjaya menghasilkan satu produk pemudah urusan suri rumah tangga dalam bentuk makanan sejuk beku. Beberapa kajian yang telah kami lakukan dan memakan masa yang agak lama untuk mendapatkan kualiti produk sejuk beku ini setanding dengan jenama-jenama hebat di luar sana.

Selain daripada itu, kami juga berpeluang membantu para usahawan di luar sana untuk menambah nilai hidup mereka dengan menjadi AGEN kami untuk mengedarkan produk kami dengan harapannya akan menerjah ke seluruh tanah air tercinta ini. Untuk permulaan ini kami lebih "FOKUS" disekitar wilayah kami dahulu iaitu PULAU PINANG

[IBU BAPA SEKARANG]



Sayangkah anda pada keluarga anda?

Apakah sumbangan yang anda berikan pada mereka semasa hayat mereka masih ada?

Apakah nilai tambah yang anda boleh kongsikan kepada manusia sejagat?

Ramai dikalangan ibu bapa yang sibuk bekerja mencari pendapatan lebih untuk memberi keselesaan kepada keluarga sehingga tiada masa untuk mengambil berat soal pemakanan keluarga. Dengan itu anak-anak akan terdorong untuk mengambil makanan segera kerana bagi mereka ia memudahkan dan enak untuk dimakan.



Ada dikalangan ibu bapa yang tidak kisah akan pemakanan anak mereka, mereka beranggapan 'supplement' yang mereka berikan setiap hari sudah memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan sihat.


Objektif kami ialah untuk membantu para ibu bapa yang mempunyai masalah 'kekangan masa' ini untuk menyediakan hidangan mudah minum pagi mahupun petang atau bila-bila masa bagi keperluan keluarga mereka. Ini juga adalah salah satu formula untuk menambat hati para suami supaya 'lekat' di rumah. Tiada lagi istilah 3 hingga 4 jam suami di kedai mamak. Kenapa MAMAK? kerana servisnya yang pantas, minta apa sahaja, sedia terhidang tidak lebih 2 minit.

Objektif kami akan tersasar jauh jika produk ini tidak dapat menepati citarasa dan menyelesaikan masalah anda. Saya percaya masih ramai manusia di luar sana masih tercari-cari produk keluran 100% Bumiputra Islam dan HALAL.



YANG HALAL ITU FARDHU, YANG LAZAT ITU PERLU