Saturday 10 May 2014

Opening Day

Mencari timba si anak dara,          
Di bawah sarang burung tempua, 
Salam sembah pembuka bicara, 
Selamat datang untuk semua.


Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
 Alhamdulillah ArzConfectionery berjaya ditubuhkan pada 5 Mei 2014. 
Seterusnya, kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak pengurusan tertinggi RICHWORK di bawah kelolaan Dr. Azizan Osman kerana sentiasa tidak putus-putus menyuntik semangat anak muda seperti kami untuk berniaga dan seterusnya dapat mewujudkan peluang perniagaan dan menambah nilai hidup orang lain.

Bertitik tolak dengan ADVANCE MARKETING POWER 2014,BANGKIT 2014, BANGKIT BERNIAGA & MILLIONAIRE MARKETING MASTERY, kami terus tersentak dari lamunan dan khayalan buatan kami sendiri selama ini. 


Dengan memegang kata azimat "MESTI" (Mentor,Elmu,Strategi, Tindakan dan Impian), kami terus mengorak langkah tanpa pandang kebelakang lagi untuk terus melangkah lebih maju lagi.


[APAKAH KEPAKARAN KAMI]



Kepakaran kami adalah membantu menyelesaikan masalah suri rumahtangga mahupun wanita berkerjaya dan sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan pelengkap selera semudah ABC, keluarkan dari peti sejuk, masuk oven dan hidang. Itulah dia FROZEN PUFFY EGG TART keluaran kami.

1. Masalahnya sekarang adalah, ramai diantara kita dan wanita        bekerjaya tidak mempunya masa yang cukup untuk menyediakan        hidangan minum pagi ataupun petang ditambah pula apabila          tetamu berkunjung ke rumah pada waktu-waktu yang tidak            dijangka. 

2. Selain itu, kos membeli bahan mentah juga semakin meningkat      dan tidak berbaloi jika dilaburkan untuk hanya untuk              menyediakan pelengkap hidangan bagi jumlah seorang atau dua      orang makan.

3. Apabila masing-masing sibuk bekerja, maka kemahiran untuk        memasak juga semakin kurang kerana jarang dipraktikkan.


Hari ini, Alhamdulillah kami sangat bersyukur kerana berjaya menghasilkan satu produk pemudah urusan suri rumah tangga dalam bentuk makanan sejuk beku. Beberapa kajian yang telah kami lakukan dan memakan masa yang agak lama untuk mendapatkan kualiti produk sejuk beku ini setanding dengan jenama-jenama hebat di luar sana.

Selain daripada itu, kami juga berpeluang membantu para usahawan di luar sana untuk menambah nilai hidup mereka dengan menjadi AGEN kami untuk mengedarkan produk kami dengan harapannya akan menerjah ke seluruh tanah air tercinta ini. Untuk permulaan ini kami lebih "FOKUS" disekitar wilayah kami dahulu iaitu PULAU PINANG

[IBU BAPA SEKARANG]



Sayangkah anda pada keluarga anda?

Apakah sumbangan yang anda berikan pada mereka semasa hayat mereka masih ada?

Apakah nilai tambah yang anda boleh kongsikan kepada manusia sejagat?

Ramai dikalangan ibu bapa yang sibuk bekerja mencari pendapatan lebih untuk memberi keselesaan kepada keluarga sehingga tiada masa untuk mengambil berat soal pemakanan keluarga. Dengan itu anak-anak akan terdorong untuk mengambil makanan segera kerana bagi mereka ia memudahkan dan enak untuk dimakan.



Ada dikalangan ibu bapa yang tidak kisah akan pemakanan anak mereka, mereka beranggapan 'supplement' yang mereka berikan setiap hari sudah memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan sihat.


Objektif kami ialah untuk membantu para ibu bapa yang mempunyai masalah 'kekangan masa' ini untuk menyediakan hidangan mudah minum pagi mahupun petang atau bila-bila masa bagi keperluan keluarga mereka. Ini juga adalah salah satu formula untuk menambat hati para suami supaya 'lekat' di rumah. Tiada lagi istilah 3 hingga 4 jam suami di kedai mamak. Kenapa MAMAK? kerana servisnya yang pantas, minta apa sahaja, sedia terhidang tidak lebih 2 minit.

Objektif kami akan tersasar jauh jika produk ini tidak dapat menepati citarasa dan menyelesaikan masalah anda. Saya percaya masih ramai manusia di luar sana masih tercari-cari produk keluran 100% Bumiputra Islam dan HALAL.



YANG HALAL ITU FARDHU, YANG LAZAT ITU PERLU




No comments:

Post a Comment